assalamualaikum untuk diri sendiri dan juga sesiapa sahaja...tatkala aku menulis entri ini.aku merasakan "sesuatu" yang belum pernah terlintas dalam fikiran ku sekali gus menelusuki seluruh ruang hati hitam penuh dosaku ini...sesunguhnya suatu perasaan maha pelik yang aku tak pernah rasai..ibarat ia muncul dari kepalaku yang serba jahil ini dan kemudian turun ke hati hitamku ini..tatkal ia turun ke hatiku, terasaseolah2 hatiku direnggut dgn ganasnya..dan kini ia mengalir dgn selaju2ya ke setiap salur darahku..setiap sendi2ku...aku seolah2 dpt merasakan bahawa ia akan memenuhi ruang badanku ini..pasti tiada ruang sebesar zarahpun akan berjaya lepas kekal kosong....oh...sungguh pelik ya allah...dan tiba2 aku yang sangat banyak berbuat dosa ini teringat yang amat terhadap allah yang selalu aku lupa...yang selalu aku letak tepi dari kotak fikiran ini..aku tak malu untuk mengakuinya kerna aku sememangnya sangat jahil dan selalu sahaja lupa pada Allah yang satu...sesekali terasa diriku amatlah jauh untuk dbezakan dgn seseorg yg aku kenal..Dia sering sahaja menyebut nama allah dgn setulus hatinya hampir di setiap topik perbualannya..boleh dikira..dlm beberapa minit bertutur... perkataan yg diucapkan,pasti tidak lekang rasa syukurnya pada Allah,,dan paling tidak, pasti akan di sebut "Ya Allah" samada dlm intonasi sedih atau gelak ketawa sekalipun....ahhh..jauh sungguh mahu dibandingkan diriku dgn dia tadi...Aku pula hanya ingat pada Allah sesekali sahaja...itupun kerna menunaikan solat(ku akui banyak sangat yang aku tinggal...ampun ya Allah..)Tidak setakat itu, pabila aku dapat off dr solat, aku sering sahaja lupa pada Allah..astagfirullahal a'zim.....tarik nafas panjang aku dibuatnya sekarang...
Entah kenapa, aku sedih pula sekarang...semuanya bercampur baur..tadi aku takut yang teramat sangat..kini aku menyesal dan bersedih..aku adalah hambanya yang amat berprestasi buruk....janganlah ambil nyawaku sekarang ya allah...aku masih byk lagi perkara yang mahu aku lakukan...ya allah.., ampunkan dosa2ku...aku masih belum puas mahu memeluk ibuku...aku masih mahu mempunyai peluang untuk memeluk ayahku walau apa sahaja yang kami lalui..aku akan maafkan segalanya..aku akan lupakan segalanya...ya allah, aku tak prnah menangis padamu..pernah dahulu tangisku dibuat2 agar dari hatiku untuk mendekatimu..nah, kini air mataku mengalir dari hati keringku ini...mengalir seikhlasnya ya allah...ya allah, aku mahu berikan sebanyak mungkin untuk kedua ibu bapaku...aku masih mahu bergurau senda dan menyakat adikku...aku masih melihat "impianku" dari dulu hingga kini...dan aku masih mahu mengatur langkah merialisasikan "impian"ku itu ya allah..aku takkan penat melangkah ke arahnya ya allah...
ya allah, doaku masih sama....kau perkenankanlah permintaanku...berilah kebahagiaan yang baru dan kekal abadi kpd keluargaku ya allah...kabulkanlah impianku ya allah...cemerlangkanlah aku di dunia dan di akhirat....selamatkan keluargaku dari azab api neraka di dunia , alam barzakh dan juga di akhirat nanti ya allah....ya aallah...jangan ambil nyawaku ya allah..aku masih mahu memikul beban sebagai anak sulung ya allah...walau bebanan ini amat yang teramat berat aku rasakan..aku masih belum mahu berputus asa ya allah....biar aku tongkat dahulu keluarga ini ya allah...selama ini, akulah kekuatan keluarga ini...dan aku bersungut dlm diam untuk menjadi kekuatan itu,kan...kini tidak lagi ya allah..aku akan pegang tongkat amanah yang kau berikan ini seikhlasnya...sejujurnya..sekuat2nya...biar aku yang kekal menjadi kekuatan kpd keluarga ini...setakat ini.aku belum yakin dgn org lain utk menyandang jawatan ini ya allah....ampunkan aku ya allah..ampunkan aku ya allah..perkenankan permintaanku ya alllah...sesungguhnya dari tulus ikhlas lubuk hatiku....doaku dan coretanku adalah semata2 ikhlas dan benar ya allah...
Semalam aku terfikir tentang suatu hal...ini adalah bicara hatiku sendirian....kini aku memiliki tubuh dan hati ini...nanti bila aku mati, apa akan jadi?bagaimanakah agaknya rutin kehidupanku selepas mati?bolehkah aku bercakap begini lagi nanti?apa akan aku lalui nanti?kini umurku 21 bakal masuk 22 pada 17 february nanti...tp akalku terhadp alam akhirat adakah setaraf?oh....jahil yang amat rupanya diriku...usah ambil nyawaku ya allah...keluargaku hanya 4 org sahaja...dan aku belum rasa apa yang aku mahukan...janganlah kau ambil sesiapa dari keluargaku...kerna aku masih memerlukan mereka ya allah...
oh...aku masih terkapai2...aku pernah berimpian untuk menjadi seorang isteri solehah...dan aku masih mempunyai impian itu...dan aku mahu berimpian sebegitu lagi ya allah...usahlah ambil ia dariku ya allah...sungguh aku takut...sebenarnya itu semua alasan untuk aku terus hidup dan bernyawa...kerna sebenarnya aku takut dan seram yang teramat sangat untuk menghadapi maut..takut untuk dihukum dipukul kerna dosaku sendiri..aku takut untuk menanggung beban dosa2ku sendiri...itu yg sebenarnya..aku tidak mahu untuk kegelapan di dlm kubur...aku tidak berteman..tidak punya sesiapa...aku sememangnya takut untuk keseorangan di sana nanti walaupun di dunia aku tak kisah bersendirian...ya aallah, sesungguhnya aku takut sangaatttt...
andai mahu kutulis..takkan habis kata2 hati ini..bermula dari keluarga...kemudian cita2, diiringi dgn kaum keluarga..sahabat handai yg lama dan yang baru..diikuti dgn keluarga silatku..guru2ku...dan kemudian adik2 didikku di serata malaysia...mereka2 yang pernah hadir dlm hidupku sbg teman..samada yang nyata atau maya...penyeri2 hidupku..tak lupa pada orang2 yang aku telah buang jauh dari hatiku....dan termasuk bakal suamiku yang entah siapa gerangannya serta seisi keluarganya....tak pernah ku lupa...terlalu banyak dan kompleks...itu belum kira dgn sikap diriku sendiri..yang sangat mementingkan diriku dan impianku.tidak terpengaruh dgn sekeliling..tidak mahu ambil kira ttg agama di sekelilingku..sikap endah tak endah ku...sikap tidak prihatinku pada si terpesong di sekeliling ini dan terlalu banyak lagi...oh ya allah, jangan ambil nyawaku sekarang...aku pohon taubat dariMu ya Allah....aminn.
aku tidak malu atau segan untuk menulis di sini buat bacaan semua kerna inilah sahaja tempatnya aku berjujur sejujur2nya dgn kehidupanku selain kejujuranku pada diri ini..inilah diary kehidupanku..moga2 boleh menjadi ikhtibar kpd sesiapa barangkali...siapa tahu..cuma pesanku,usahlah jadi sepertiku...seseorang yang hanya meberikan sepenuh perhatian terhadap duniaku..akhirat sering sahaja aku lupakan atas alasan impian...ya allah, sekalilagi ampunkan aku..terimalah taubatku..amin..
terimalah taubatku ya allah,
hambamu nan hina..amin..
**pengakhirannya aku masih menghela nafas yang panjang..berharap aku kan punya peluang untuk terus bernafas di bumi ini...hopefully....sangat berharap...**
8 comments:
Keep on blooging Dik. Nice to travel through your thoughts.
Amin....
nice entry... :))))))))
Kanda berasa syukur yang amat sangat... semoga hidup kita diberkati . Ingat kepada yang SATU . Kerna DIA adalah segala galanya....
inilah perasaan yg benar2 tulus apabila hati sudah terketuk dgn hidayahNya. Jgn biarkan sayang, hidayah dariNya adalah anugerah terhebat.
Kanda pernah merasainya. Kanda pernah menangis setiap kali teringatkanNya. sungguh. Nikmat mengingatinya melebihi segala2nya andai kita tahu.
Jagalah nikmat yang satu ini. Pupuk dan bajailah ia, sayang. Jangan biar ia sirna dari nubarimu. kelak dinda akan menangis tanpa irama....
salam abg GAB...
thanks for visiting me...its a pleasure to know u..
that entry is such an honest deep from my heart...
smile always...
kanda teruna...
time kasih..dinda sebak yang teramat sangat ketika itu dan dinda lahirkan segalanya di ruang maya ini...
kanda doakan impian dinda tercapai ya kanda..
salam manis...
senyum selalu ya kanda..
assalamualaikum kanda zaliza..
terima kasih ya kanda..kata2mu sungguh telah menghembus pawana harum dlm hati dinda..sungguh nyaman sekali rasanya..kanda, rajin2 datang lagi ya...dan hembuslah bayu harum itu lagi ya kanda..
salam terima kasih
dinda pawana..
ameen...
hidayah ibarat cahaya, masuk mengetuk jendela hati, bersama angin..
tetapi, cahaya bukan sesenang angin menerpa masuk tanpa klasifikasi..
percayalah, cahaya alias hidayah, masuk membelai hati terhadap keinginan yang ikhlas sahaja..
jadi, pokoknya ikhlas..kerana cahaya tidak menerjah masuk ke pintu yang tertutup..berlainan dengan angin..
bersyukurlah, nikmat hidayah ini, bukan semua yang dapat menikmatinya..
sesudah ikhlas, yang kedua, akhlak..
hati yang lembut terhadap kebaikan, agama terutamanya, adalah pancaran lintasan pemikiran dari Allah SWT..
sesudah menyemai keikhlasan, pupuklah akhlak ke dalam pemikiran..akhlak menurut agama, akhlak menurut Islam..
insyaAllah, yang mengejar akhirat di dunia, mendapat bonus kejayaan dunia selain kejayaan sesudah dikafankan..
insyaAllah, percayalah terhadap perubahan ke arah kebaikan..
percayalah..
myself...
lama x dgr cerita?sihat?senyum selalu ya..
saudara zamir...
terima kasih..
berpuput katamu lembut mengetuk..
terasa seram sejuk kerna aura indahnya..
seraya meliuk2 melambai si insaf..
ya..aku jua harap ia kan kekal disitu.atau lebih baik andai ia masuk dan tumbuh menyegar...
terima kasih dan terima kasih..
salam ikhlas dariku..
Post a Comment