Sunday, June 25, 2006

SELOKA KENANGAN MESRA

"tuai padi antara masak..
esok jgn layu2an..
intai kami antara nampak.
esok jgn rindu2an.."

tersebutlah kisah kujadikan seloka...
cereka tentang perkenalan mesra..
darinya lahir serangkai cinta..
amat bermakna tiada akhirnya..

dari mata turun ke hati..
kerna terpikat pada gerak geri..
kelakar dn ikhlas pada peribadi..
lalu mataku sakan memerhati..

mahukah tahu siapa orangnya..
bermulut banyak sedap suaranya..
tak pernah renggang dari gitarnya..
shahrul 'ana" itu gelarannya..

kini beralih pada si jelita..
berbahasa inggeris kegemarannya..
nmpak ayu tp brutal juga..
itulah lin adik yg ku cinta..

si lobo mat rempit laju selalunya..
nakal gayanya tp hebat bekerja..
setiap masa asyik ber'sms' sahaja..
kelihatan gedebe tp ikhlas sentiasa..

sentiasa mengantuk setiap hari..
kerna matanya merah bak cili..
si hensem ngoh selalu x berbunyi..
namun orgnye alahai manje sekali..

unik peribadinya pada mataku..
telatah perangainya mencuit hatiku..
tabahnya terserlah mendayung perahu..
smoga kau berjaya wahai mael adikku..

faizal manis lagi berseri..
sungguh telus dan mesra sekali..
di rumah faizal abe sejati..
lembut tuturnya paling ku rindui..

orgnya senyap konon pemalu..

namun sms nyer selalu lucu..
memanggilku dinda xpernah jemu..
itulah lan yang buat suprise selalu..

berbadan kecil namun bersopan..
sgt kemas dlm berpakaian..
hafiz yb diberi gelaran..
"ayat"nyer power buatku tertawan..

si tinggi pula namanya hasani..
sweet dn sopan tenang sekali..
suapan nyer amat kuingati..
nampak je ayam..rindu kat sani..

nampak gengster wea namanya..
bila dah kenal baik lah pula..
berterus terang tp tak kurang nakalnya..
betul lah pribahasa 'x knal maka x cinta"..

orangnya manis mengalahkan gula..
bila diusik malu smpai merah muka..
tp dlm sms rajin mengusik kita..
itulah si ijan kuat mkn orgnya..

petah berkata2 sinonim dirinya..
brg kesyangannya ialah kamera..
keyakinannya dn dedikasinya bgus juga..
miji berbakat mnjadi pemimpin indonesia..

jeff pula unik dlm dunianya sendiri..
brfikir dn menghakimi berbeza sekali..
kata-katanya indah didengari..
senyumlah selalu agar kau disenangi..

Si man pula senyum sahaja..
dlm hal awek hebat orangnya..
keningnya lebat bak arab maula..
nak kawin nnt jgn lupekn akak ya..

kecil-kecil bak cili padi..
itulah rock yg kukenali..
nk dgr suara bagaikan ade emas sekati..
tp bila berkata2 pedas dn berisi..

memandang dgn lirik matanya..
kadang-kadang hazrul menggoda juga..
tp nak berborak jarang pula..
akak dah nak balik barulah nak mesra..

kpd adik2 yg kukasihi semua..
jgn bermuram atau terasa..
sekadar bergurau bkn mengata..
utk mengubat rindu di jiwa..

wahai adik2 yg tiada namanya..
janganlah gusar atau kecewa..
bukannya akak tak suka atau lupa..
cuma tak larat nak tulis semua..

bila kenangan terpahat dn bersemadi..
nama adik2 semua terukir di hati..
takkan pdm dek hujan dn pns mentari..
kerna kasih sygku sama rata dan abadi..

sekianlah sudah seloka ini..
tiba masaku mengundurkan diri..
doaku agar semuanya berjaya nanti..
andai ada rezeki kite kan ketemu lagi..

salam saayang tulus ikhlas..,
kak siti nur..
@ kak come lote...hehe




No comments: