Wednesday, January 17, 2007

dunia misteri dn nyata

nyata...
mummy smpai bengkak
mata menangis...
fikiran mummy buntu....
menangis dn terus menangis...
termenung...
saudara2 sampai turun dr port dickson...
saban malamm berbincang...
masih buntu

lagi yang nyata
ayah dah tak terurus...
too far from before...
undescribeable...oh..whatever..

misteri
ada taburan garam lagi di depan rumah itu
kemudian ada tanah yang dicampak..
looks like bkn tanah dr kawasan sini..lain benar colornya...
some org2 yg pandai said..its tanah kubur...
then..soalan demi soalan came up....
hingga buatkan semuanya kucar kacir...
garam dn gula serta beras di rumah yg telah dibomohkan...

kenyataan...
bertahun2 sebuah keluarga hidup dlm kasih sayang yg samar.....
berbelas tahun..sebuah keluarga live under one roof and yet still apart...
berbelas tahun semua ahli keluarga memendam rasa..

yang lebih2 lagi nyata...
aku hilang kata2...
hilang seribu rasa untuk menguatkan kukuhan itu kembali..
benci melihat mummy membazir air mata...
timbul satu perasaan yg tidak enak pada ayah...
kasihan pada keluarga itu....
dn kisah 'kotor' itu tak pernah putus....

soalan2 nyata...
bilakah semuanya kana berakhir?
kenapa ia belum berakhir?
bagaimanakah mahu kuhabiskan semua ini...
patutkah aku habiskan semuanya dgn meng"habiskan" manusia luaran itu?

lagi misteri...
siapakah manusia luaran banjingan yg bermain kotor itu?
mengapa dia mempokaikan ayah...
mengapa dia tak putus asa pada keluarga ini?

ayat2 nyata yg mahu aku jeritkan....
"LEAVE US ALONE..U BLOODY IDIOT!!!"
"ALLAH HELP THE FAMILY FOR ONCE..PLEASE!!!"

again i'd like to stress here that i am not sad...not at all....
wish me luck!!

16 comments:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam
sabar adik pawana...

banyakkan bersabar.. dugaan yang datang ni hanya ujian dari Allah...

ingatkan Allah, jangan tinggal solat, baca Al-quran...

kalau ada masa baca al-ma'thurat, insyaAllah dapat elakkan dari sihir, santau dan sebagainya...

harap pawana tabah menghadapi hari-hari yang mendatang!

ingat, tiada apa yang dapat menandingi kekuasaan Allah SWT!

p(^_^)q

Anonymous said...

Salam CT,
Sabar sajer. PG tak dapat banyangkan keadaan CT. PG tak pernah alami benda2 macam tue, mintak simpang laa.. Semoga Allah melindungi CT sekeluarga..

Dhiaz said...

Hmm... sesuatu yg biasa dlm hidup DHIA. kita punya persamaan cuma 'mungkin' bezanya keluarga nur masih bersatu.

tapi dari 'nyata'.... hingga 'ayat2 nyata'.... smuanya hampir sama!

p/s - dinda nur, ini kak razra.. jenguk akak bila senang2 kat blog baru k. take care..

Elhakim said...

hurmmmm......


aku tak boleh kata apa apa
sebab kes serious.

berbuatlah apa yang patut.

karl Firdaus said...

Salam Dinda,

Bersabarlah. Terimalah ini sebagai dugaan DIA. Rajin2lah dakap orang tua . Kalau segan dengan ayah. Dakaplah ibu selalu. InsyaAllah terubat.

Perbuatan macam ni sudah jadi asam garam kehidupan. Semoga dinda tabah dan sabar menempuhinya.

Unknown said...

Assalamualaikum wbh adindaku Pawana...
Ini sudah jadi kes serious. Setengah orang mungkin akan berkata, karut marut tetapi jangan ambil mudah sahaja. Iblis/syaitan/jin itu wujud. Di dalam Al-Quran pun ada disebut. Tidak semua jin itu jin Islam. Iblis dan syaitan, lagilah. Jadi, mereka yang mengikut telunjuk iblis dan syaitan sudah tidak ada lagi iman di dada. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu serakah.
Ikhtiar apa yang patut. Cari orang yang berpengalaman yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai jalan penyelesaian. Berbalik kepada ALLAH. InsyaALLAH, DIA akan membantu. Kanda doakan dari sini semoga semuanya selamat kembali. Amin.

Elhakim said...

Lagi satu, maksud tanah dari perkuburan itu menunjukkan sesuatu kecilkaan yang sangat bahaya.

aku tidak berani untuk mengungkapkan di sini.

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

assalamualaikum semua....

tiada kata secantik bahasa untuk ct ungkapkan sbg tanda terima kasih yg tidak terhingga pada semua yang memberi kata2 semangat...cheewah...hheheh...

anyway, jutaan terima kasihh di atas setiap kata2...setiap doa..

Doakan impian ct untuk keluarga ini tercapai ya...doakan yang baik2 untuk keluarga ct ya...

again...terima kasih buat kanda seroja yang baik hati..buat abg poyoguy yg sebenarnya hatinya tidak poyo lansung..kak razra yang sweet sekali...abg elhakim yang bernas dan pedas...tak lupa pada kanda una firdaus yang lovely dan untuk kanda raina yang full of love...thnks juga buat sesiapa yang mengunjungi tanpa tinggalkan jejak..thnks...

belati buruk ditunggang kuda..
dalamnya paya diharung si pria..
hati menceruk menanggung luka..
bersulam maya mengundang ceria..

asalamualaikum..allahh kabulkan impian kalian semua.aminn...

leeds said...

banyakkan bersabar, dan berdoa pada Allah...

be strong...:)

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

thnk u kak leeds...

thnks a lot..u take care...

zaki zainol aka kangaq said...

Erm, saya sama rasa dengan elhakim. Bersedakahlah/buat kenduri kecil-kecilan di surau/masjid terdekat. Buat majlis bacaan Yasin dan doa selamat di sana. Insya-Allah, bantuan datang dalam apa bentuk yang diizinkanNYA.

me,myself n all around da world said...

begini..

kdg2 kala apabila "benda keras" tersbt dijumpai di rumah kita bukanlah bermakna disihirkan, kdg2 si polan cuba utk menyerang secara psikologi..

sedikit petua,

apbila waktu malam cuba letakkan penyapu ditegakkan secara trbalik di muka pintu di setiap pintu di rumah.

buangkan patung2 serta bersihkan tempat2 kotor sekerap yg mungkin.

baca Al-Quran, ayat Kursi dan juga 3 kul.

Ceriakan isi rumah dgn warna2 yg cerah dan menarik, kalo boleh letak pewangi strawberi atau lemon/limau.

ahli keluarga hendaklah mengucapkan perkara baik2 shj, meminta maaf dan memberi maaf semudah yg mungkin.

perkara2 metafizik yg gelap ini sgt suka kpd kegelapan(hati,emosi, ruang suasana,keluarga,)

dan jika benar "dibuat" org.berjumpalah dgn org2 yg ahli shj.

ADam Dryx said...

Salam,..

U ols dah buat Solat Tahajud ke? Klu blom, buatlah selama 44 malam,...

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

hai kangaq..thnks for ur words...and ur concern...
begitu juga dgn myself..thnks ya..begitu membantu sekali...i appreciate it...hehhe

pada adamDryx juga..thnks ya adam.and, i wish u welcome..heheh

zf_zamir said...

salam,

Allah memberi ujian, sesuai dengan keupayaan hambanya..

bukan mudah untuk diuji, menunjukkan Dia masih mengingati kita..

walau apa sekalipun, semuanya dibawah kekuasaanNya..percayalah, kita sebagai hamba, yang memberi kuasa hanyalah Dia..

dan kepadaNyalah jua, kita bergantung harap, semoga Allah memperkenankan doa kita..

insyaAllah..

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam,

ini akak dapat dari forum bincang.net. Harap dapat membantu!

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

---------------------------